Sunday, May 8, 2011

::PeRniKaHaN di AtAS aGaMa ::


aku termangu.menahan debar yang semakin kencang.sebentar lagi majlis akan bermula.jemari pula mengigil tak kira masa.seluruh jasad seram sejuk.hati seakan mahu berdentum pecah.aku istigfar berulang-ulang kali.mohon diberi kekuatan dari yang Esa.takdir telah menyebelahi.aku akur akan segala rencana Ilahi.perlahan manik airmata merintik mengalir dari pipi.membasahi hijab wajah yang tersarung kemas.mujur.jika tidak, tetamu pasti akan mengesan kesebakkan ini.biarlah.airmata ini adalah tasbih kesyukuran yang tiada terhingga.

kelihatan sanak saudara mengerumuni.berpusu-pusu mengucapkan tahniah.aku senyum disebalik purdah.menahan semampu boleh detakan jantung."ya Allah, mudahkanlah.aku gementar menerima "hadiah" ini.".laman rumah sudah sesak.ketibaan para tetamu membingitkan suasana.flash kamera tak putus-putus menerjah ke muka.bonda duduk disebelah.menggengam erat bahuku.seolah mengerti akan gelojak hati si anak.rawan.takpercaya.mahu saja aku menyembam dikala ini.membuktikan kesyukuran yang takmampu aku lakarkan.

"assalammualaikum" suara garau memecah lamunan.aku mendongak dalam simpuhan dara.sekilas mata bertentangan."subhannalloh!!" hatiku bertempik.suasana benar-benar menghambat semua perasaan.

"waalaikumsalam" aku tergagap menjawab.gugupnya luarbiasa!masya Allah.

leretan senyumannya menyejukkan raga.aku menangis sebelum sempat menadah."Allah, Allah".

"ummi, isteri abang..bersaksikan bonda dan seisi keluarga, demi Allah dan Rasul..abang mengambil ummi menjadi isteri abang lillahitaala.tidak ada sebab lain.dengan harapan agar kita dapat membina empayar keluarga mawwadah dikemudian hari.kekurangan ummi, adalah kelebihan buat abang.begitulah hal sebaliknya.dengan lafaz bismillahirahmannirahim, marilah berjuang bersama abang."

dahi dikucup.
merasmikan ikatan luarbiasa.

subhannalloh.subhannalloh.subhannalloh.aku terhengut menahan esak.bonda memeluk meredakan perasaan.sanak saudara bertangisan mengucap syukur.penyatuan dua bangsa.percantuman dua benua.takdir Allah memungkin segala-galanya.

******************************

"abang, tak menyesal?" aku bertanya seminggu selepas majlis.
"menyesal kenapa?" sang arjuna melempar senyum.
"ummi bukan siapa-siapa" aku menunduk.menekan jemari diatas dua peha.
"sayang..." dia mengangkat wajah.mengerut dahi tanda tidak menyukai.
"ummi tak ada apa-apa" aku mula menakung arimata.menurut emosi yang melulu.
"sayang, tak redha dengan ketentuan Allah?" dia masih tenang melayani.bijak memutarkan situasi.
"bukan..ummi rasa tak layak" airmata tak mahu berhenti.
"ummi sayang..pandang abang..dengar sini.abang tahu ummi rendah diri dengan abang.dan keluarga abang.jangan lah rasa macamtuh.nabi tak bina institusi keluarga dengan harta melimpah ruah.apalagi dengan segulung ijazah.tapi dengan HATI.kerana disitulah tempat tumbuhnya kasih sayang dan keluhuran.abang percaya ummi ada ini yang jarang ada pada orang lain."
"terima kasih abang.." aku menyeka airmata lega.
"sayang, jangan fikir bukan-bukan.abang takpernah pandang rendah kat sayang.kita semua sama."
"abang...nanti, kalau abang nak menikah lagi.ummi sedia izinkan."ucapku perlahan(wakakaka) :P
"ishhhh...sayang jangan mengada, abang ketuk baru tahu.rugilah kongsi abang dengan yang lain.tak bertuah ke dapat suami hensem manis macam abang neh?". dia mengusik.aku mengeletek.terburailah tawa-tawa bahagia.

HAHAHAHA.
************************************
ditikar sejadah, aku taipkan doa.
memuji memuja kepada yang Esa.
kabulan minta sudahpon diberi secara nyata.
malam ini aku menyerah seluruh raga.
kepadamu kekasih sang PENCIPTA.
Engkau memberi walaupon lama.
aku mengerti inilah manisnya sebuah tarbiyah.

Tuhan sekalian alam.
syukur aku kerana memiliki Engkau.
************************************
"awak, saya akan lamar awak."
"tak..jangan, kita jauh."
"Allah akan ada.mendekatkan"
"kenapa?"
"sebab awak, permata yang dicari"
"saya miskin."
"takpa, saya mampu."
"saya jahil."
"takpa, kita belajar."
"saya tak cantik"
"takpa, awak comel."
"saya gemuk"
"takpa, awak sihat"
"kita tak sekufu...*menangis*"
"takpa, kita sekufu hati."
"tapi..."
"bulan depan hantar keluarga..dah jangan banyak alasan."



2 comments:

  1. thu xpew...
    n0b0dy perfect...
    kbrktn rmhtngga n kbhgiaan 2 pntg...

    ReplyDelete